Suryavaṃśa

Suryavaṃśa adalah wangsa kastriya dalam kalangan puak Arya yang terkenal sekali. Istilah ini merujuk kepada mereka yang berketurunan atau dari dalam kelompok bangsa Surya. Rujukan lain kepada bangsa ini adalah:
  • Adityavaṃśa
  • Mitravaṃśa
  • Arkavaṃśa
  • Ravivaṃśa
Mereka adalah kelompok terawal yang memuja matahari sebagai Surya, Aditya dan Arka sebagai kuladevata mereka.
 
Kelompok Gurjar di benua kecil India mempercayai bahawa mereka adalah kacukan puak Chandravaṃśa dan puak Suryavaṃśa. Piring-piring tembaga dan cap mohor kelompok suku kaum Gurjar ini mempunyai lambang Surya. Gelaran penghormatan mereka juga adalah Mihir, merujuk kepada Surya.